Pencemaran tanah adalah di mana berlakunya perubahan struktur tanah apabila bahan kimia buatan manusia menyerap masuk ke dalam tanah. Pencemaran ini terjadi akibat daripada kebocoran air kumbahan dan bahan kimia industri, penggunaan pestisid, kemalangan pengankut minyak yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat. Apabila bahan kimia beracun menyerap masuk ke permukaan tanah, ia akan menguap. Pencemaran tersebut akan termendap sebagai zat kimia beracun secara langsung memberi kesan negatif kepada manusia apabila bersentuhan dengan tanah.
Kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia bergantung pada jenis pencemaran, kromium dan herbasid sangat berbahaya kepada kanak-kanak kerana menyebabkan kerosakan otak serta ginjal pada seluruh populasi. Pendedahan secara berterusan terhadap benzene pada kepekatan tertentu boleh menyebakan penyakit leukemia. Selain itu terdapat beberapa simptom seperti sakit kepala, letih, iritasi mata dan ruam kulit jikalau terdedah dengan merkuri, siklodiena, organofosfat dan karmabat. Jikalau pada dos yang besar ia bleh menyebabkan kematian. Pencemaran tanah juga memberi kesan terhadap ekosistem. Perubahan kimia pada struktur tanah yang radikal walaupun bahan kimia hadir dengan dos yang rendah, ia tetap merbahaya. Perubahan ini menyebabkan metabolism mikroorganisma endemik dan antropoda turut berubah. Akibatnya dapat memusnahkan pelbagai spesis primer dari rantai makanan sekaligus memberi kesan pada ekosistem.