Masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .
Pencemaran alam sekitar terjadi akibat daripada aktiviti manusia dan juga berpunca daripada kilang-kilang di mana masing-masing mahu memenuhi keperluan hidup yang semakin bertambah setiap hari. Aktiviti yang dilakukan tidak mengira tempat di laut, di darat mahupun di udara. Bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Beban pencemaran juga semakin hari semakin berat termasuk bahan kumbahan daripada kilang-kilang yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pencemaran air,pencemaran udara dan pencemaran tanah.



