Pencemaran udara pencemaran udara berpunca daripada aktiviti manusia seperti pengankutan, pengindustrian dan pembakaran mahupun alam semulajadi seperti gunung berapi dan sebagainya. Pencemaran udara boleh didefinisikan seperti pencemaran suara, radiasi, atau cahaya. Pencemaran ini berlaku dengan hadirnya satu atau lebih bahan-bahan fizik, kimia atau biologi di atmosfera dengan jumlah yang dapat membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan.
Pencemaran udara dapat diklasifikasikan kepada primer dan sekunder. Primer merupakan bahan pencemaran yang secara langsung daripada sumber pencemaran udara. Contohnya karbon monoksida yang merupakan hasil dari pembakaran. Manakala sekunder adalah bahan pencemaran yang terbentuk daripada tindakbalas pencemaran primer di atmosfera. Contohnya seperti pembentukan ozon. Kesan daripada pencemaran udara terhadap kesihatan manusia adalah seperti asma, bronkitis, dan gangguan pernafasan lain. Selain daripada itu, hujan asid, efek rumah hijau dan kerosakan pada lapisan ozon akan berlaku sekiranya pencemaran udara berterusan berlaku tanpa pencegahan.
No comments:
Post a Comment